Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Saturday, December 27, 2014

Dari Pokok Sena ke Kuala Lumpur

Update dari dalam bas.. huhu..
aku baru balik darikampung aritu.. tapi 3 hari lepas tu aku balik semula ke kedah.. aku gi umah adik aku kat pokok sena.. dgn misi membawa mak ngan ayah balik kl.. dorang dah cemuih dok kedah hihi.. kami balik naik bas je.. ber5 dgn adik aku yg bongsu dan anak dia.. memula risau gak nak bawak ayah.. tapi nampak semngat dia kuat.. dia lebih senang naik bas dari menumpang kereta anak2.. katanya nanti kereta anak2 kotor.. hmmm kesian kat ayah..




Wednesday, December 24, 2014

Apa itu OTG Flash Drive?

Ramai yang tanya.. OTG tu apa ye.. untuk apa ye.. untuk transfer data je ke? meh nak cerita sikit.. OTG USB Flash Drive ni sama macam pendrive.. pendrive tuuuu.. tau kan fungsi pendrive.. pendrive tu kita tak leh nak cucuk kat handphone.. tapi OTG Flash Drive ni boleh.. memang tu la pun fungsinya.. so senang la nak tengok movie.. nak save movie ke.. lagu ke.. simpan je dalam OTG ni.. bila nak guna.. just cucuk je kat handphone.. senang kan.. best tak? best tak?

Meh la grab 1.. boleh pilih.. ada 8gb, 16gb & 32gb ..
brand Kingstons.. barang ORIGINAL..
1 tahun waranti..
harga? boleh watsap no ni ye.. 0123637531..


Sunday, December 21, 2014

Parah semakin parah

Aduuhhhh.. dah teruk dah ni.. sebulan satu entry.. gilos gilos.. maafkan diri ku ya my blog.. aku agak bz dan bz dan bz sejak dua menjak ni.. aku sangat rindu sama kamu my blog.. aku akan usahakan agar kita kerap bertemu seperti dulu ya.. maafin.. serius aku sedih dgn my blog.. tugas aku sebagai ibu sejak kelahiran cahayamata kembarku 2 tahun yang lalu menjadi semakin padat.. ia bukan alasan.. tapi kenyataan..kini mereka udah semakin besar.. makin bijak membuat aku tak cukup masa.. alhamdulillah ada anak2 ku yang besar tu membantu.. terima kasih ya kakak.. abang.. maafkan aku ya my blog.. sedih sedih..



Wednesday, November 5, 2014

Achap di Stars Archery Berjaya Times Square

Hari ni bawa anak sulungku.. achap dgn kawan2 dia.. zikri, akmal dan zul ke Times Square.. seronok juga tengok budak2 ni enjoy lepas exam.. alhamdulillah dorang ni semua anak2 yang baik.. yang mendengar kata ayah ibu.. alhamdulillah..

Sampai Times Square aku terus bawa dorang ke Stars Archery.. tempat memanah tu.. aku dah beli siap2 kupon games kat situ melalui groupon.com .. aku beli 186 arrow untuk  6 org player.. tapi anak aku berempat je tadi.. so banyak la dorang dapat memanah.. aku tengok je.. tukang ambik gambar.. tapi macam best jer.. maybe next time boleh cuba huhuuhu..

Dah selesai memanah.. budak2 tu semua nak pergi tengok movie.. aku ikutkan je.. dorang pilih nak tengok citer OUJIA .. citer omputeh.. hehe.. movie start kol 3 ptg.. skrg baru kol 2 ptg.. so apa lagi.. aku ajak pegi makan le.. mama acap belanja.. makan kat Chicken Rice Shop level 1.. makan sampai kenyang.. alhamdulillah.. dengan aku2 terjebak makan nasi.. aishh.. abis dietku untuk hari ni..

Kol 3 ptg, kitorang cepat2 masuk panggung.. movie dah nak start.. oklah citernya.. terkejut2 aku dibuatnya.. tapi taklah best sangat bagi aku.. dlm rate 5 star aku bagi 3 star je.. so so je citer dia.. nasib ada sound effect kat scene2 terkejut tu.. klau tak dah lama aku zzzzz agaknye hihi..

Pastu kitorang gerak balik.. semua kene balik awal.. cuma aku je melencong ke Sogo kejap.. cari barang.. dah settle aku pun balik terus..

Hari ni best.. dan happy.. :D alhamdulillah

Tuesday, November 4, 2014

Pelajar hilang di Air Terjun Sikayu sudah ditemui mati


Semoga arwah adik Ahmad Rafikin tenang di sana.. ku pohon padaMu Ya Allah, Kau berikanlah setinggi ketabahan dan kesabaran kepada kedua orang tuanya dalam menghadapi dugaan yang besar ini. Alfatihah.

Monday, September 29, 2014

Kisah sebenar lelaki dibaham harimau di Zoo Delhi



Kisah tragis seorang lelaki dibaham harimau putih depan pengunjung Zoo Delhi, selasa lalu telah menjadi viral di seluruh dunia. Berdasarkan keterangan saksi kejadian itu didakwa berlaku kerana besi pengadang terlalu rendah hingga mangsa yang tergelincir dengan mudah jatuh ke dalam kandang harimau. Bagaimana pun siasatan pihak zoo mendapati mangsa yang dikenal pasti sebagai pekerja kilang bernama Maqsood, 19, sebenarnya bertindak suka rela memanjat besi penghadang sebelum turun ke kawasan berumput yang memisahkan besi penghadang tersebut dengan kawasan kandang. Maqsood dikatakan mempunyai masalah mental dan datang ke zoo seorang diri pada hari kejadian selepas dimarahi ibunya kerana tidak pergi kerja.

Pengarah zoo Amitabh Agnihotri berkata, Maqsood kemudiannya memanjat dinding konkrit paras lutut lalu terjun ke kandang harimau yang terletak 18 kaki di bawahnya. Harimau putih berasa terancam dengan kehadirannya namun cuma merenung pada Maqsood yang melutut dan tersandar ketakutan di dinding selama 10 minit. Apabila orang ramai dan kaki tangan zoo cuba mengalihkan perhatian harimau dengan membaling batu dan kayu sambil berbuat bising, barulah haiwan itu menggigit leher Maqsood lalu menggonggongnya pergi dalam keadaan berlumuran darah.


Dalam pada itu pihak Zoo Delhi menyatakan harimau putih seberat 200kg yang membunuh mangsa kelihatan normal dan meneruskan rutin seperti biasa selepas kejadian. Difahamkan, pihak zoo tidak bercadang untuk mengeluarkan haiwan tersebut yang lahir dan dibesarkan di zoo berkenaan selama ini kerana ia dianggap jinak dan kejadian tempoh hari berlaku disebabkan reaksi normal harimau apabila kawasan diceroboh secara tiba-tiba. “Ia tidak menyerang dan hanya bertindak ganas selepas seseorang membaling batu ke badannya,” ujar juru cakap zoo.

Namun apa pun alasannya, pihak polis berkata zoo berkenaan akan tetap didakwa kerana cuai. Difahamkan enam tahun lalu seorang lelaki dilaporkan nyaris menjadi mangsa singa di zoo sama apabila terjatuh ke dalam kandang namun bernasib baik apabila tidak diapa-apakan haiwan tersebut.

Friday, September 26, 2014

Segmen Cuti-cuti Malaysia: Aquaria KLCC

Ni cerita cuti sekolah yang baru lepas.. bila sebut perkataan CUTI SEKOLAH je.. soalan pertama akan keluar dari mulut anak-anak aku inilah.. "mama, cuti sekolah ni kita tak pegi mana ke?" dan kebiasaannya memang kami tak pergi mana-mana pun hehe.. bagi anak-anak aku cuti sekolah dgn jalan-jalan tu ada hubungkait tapi bagi aku pula cuti sekolah ada hubungkait dengan SESAK, RAMAI ORANG, TAK SERONOK.. boleh gitu hehe.. kesian kan anak-anak aku..

Kebelakangan ni aku selalu perhati kemesraan anak-anak aku.. anak-anakpun dah besar.. macam si asyraaf dia dah pandai bergaul, minta izin keluar jalan-jalan dengan kawan sekolah.. aku sentiasa pantau bab tu.. dengan siapa dia keluar dan wajib dia patuhi tempoh berjalan dan pukul berapa dia wajib ada kat rumah.. alhamdulillah setakat ni anak sulung aku tu sangat patuh dengan arahan.. tapi aku perasan, sejak dia dibenarkan keluar dengan kawan-kawan sekolah.. dia makin cuba nak elak ikut keluarga berjalan.. itu tak bagus.. dan aku perlu lakukan sesuatu untuk kekalkan hubungan kemesraan, hubungan kekeluargaan aku.. sebab tu lah, aku plan jalan-jalan yang ni dan jalan-jalan yang lain insyaAllah..

Jom layan gambar sekeping dua ni hihi.. kenangan di Aquaria KLCC.. tapi sebelum tu nak citer sikit pasal Aquaria KLCC ni.. aku beli tiket ni dengan GROUPON .. ada diskaun.. rm10 sorang.. banyak tu.. jom view info sikit
Harga tiket dewasa rm38 .. GROUPON rm28
Harga tiket kanak2 rm28 .. GROUPON rm18
Waktu lawatan pagi sampai kol 7 malam..
Camera boleh bawa.. tapi xleh guna flash... hehe nampak ke kalau tak guna flash.. tu salah satu cara dorang nak kita ambil gambar kat sana.. PERCUMA!!!

Masuk-masuk je cameraman dah suh berdiri ambil gambar siap-siap berlatar belakangkan kain biru.. PERCUMA ok!! tapi aku ambik gak gambar dengan flash sekeping dua kat tempat2 tertentu.. Bila bawa anak-anak kecil ni, jangan harap sangat lah yang anak-anak ni akan excited tengok FISH BESAR dalam cermin tu yer.. macam aku ni hah.. aku ingat si hazim dgn haziq ni beria2 lah nanti nak tengok fish.. tapi lain jadinya.. melalak tak ingat!! takut yang amat sangat kat ikan-ikan besar tu.. adoiiiiiii!!!!! terutama si abg hazim.. sampai sudah,, sampai keluar takutnya masih ada.. kesian pulak aku tengok hihi.. so si kakak je lah yang nampak excited sikit hihi..

So sebelum keluar, nak gak cari gambar yang kitorang ambik tadi dengan abg cameraman tu.. ok.. ada kaunter kat situ.. just tunjuk resit je.. nanti abg yang dok klik2 kat komputer tu tanya.. nak yang macamni atau macamni nanti gambarnya.. tapi sebelum tu aku tanya dulu.. berapa harga kalau macamni dan macamtu.. waahhhh!! paling murah sekeping RM40 ko.. edit lebih kurang je pun.. tapi sebab untuk kenangan kan.. aku ambik je.. duit boleh cari.. kenangan nak ada bukti baru boleh cepar recall hihi.. tadi aku kata percuma kan.. ambik gambar memang percuma.. tak nak beli pun takpe.. takde paksaan hihi..

oklah.. ni ada sekeping dua utuk kenangan..


Ok.. next plan.. LEGOLAND!!

Wednesday, September 24, 2014

Cara untuk dapatkan trafik ke blog guna KakiPing

Kalau yang newbie atau yang masih baru berjinak-jinak dengan blog, mungki ada yang tertanya-tanya.. apa guna nya trafik tu? sebab aku dulu pun macam tu.. tak tahu kegunaan trafik ni.. tak tahu pun wujudnya perkataan trafik dan kepentingannya pada sesebuah blog. Tapi bila aku mula kenal dengan iklan Nuffnang dan tahu boleh dapat duit dengan Nuffnang, aku mencari, mengali lagi ilmu macam mana nak dapat income melalui Nuffnang..

Tadi aku terbaca entry dari otai HA pasal trafik ni, terus aku daftar dan cuba. Sangat menarik!! Cara utuk dapat lebih banyak trafik ke blog dengan cara yang paling senang iaitu ping link artikel blog kita ke website ping aggregator. Korang nak cuba? jom aku ajar kan, senang je. Nama website nya KakiPing


Step seterusnya nanti aku update. Buat masa ni korang boleh pergi ke blog Otai HA untuk belajar cara-caranya ya. Benda senang rugi kalau kita tak belajar.

Ping!

Sunday, September 21, 2014

Resepi Patato Fritters Paling Sedap

Dah lama x tempek resepi kat sini..hari ni nak share resepi ngah top meletop!! skrg ni.. Cekodok Kentang aka Cucur Kentang aka Jemput2 Kentang atau lebih western kita panggil Patato Fritters hahaha!!

What!!! kentang?? no no no.. mana leh makan..
kentang kaya dgn karbo.. so x leh makan.. alaaa... aku makan sikit je.. setakat 30gm tu apa la sgt hahaha.. malam aku kasi workout lah.. huhuhu.. jgn tiru k.. aku ni terjebak makan sebab aku yang masak.. dah korang x makan.. masak buat apa kan.. aku ni masak utk anak2 ngan laki aku tu.. kesian kat depa.. so tu la puncanya aku terjebak makan.. sama gak time aku masak nasi tomato.. nasi lemak.. selamber je aku bedal.. sedap kot makan panas2 hahaha..

oklah.. jom.. aku nak share resepi kat sini..

PATATO FRITTERS

6 biji kentang - sagat nipis pjg2
8 sudu mkn tepung jagung
6 sudu makan tepung gandum
2 biji telor
Daun bawang
Serbuk lada sulah
Ajinomoto
Garam
Minyak masak..

Cara nak membuatnya..
1. Satukan kentang yang dah disagat, tepung jagung, tepung gandum dan bahan2 lain.. macam gambar kat bawah ni.. gaul2 sebati..
2. Panas kan minyak masak.. sudukan adunan tadi tu dalam minyak panas.. kasi leper2 sikit.. baru ada rangup-rangup nanti.. biar masak sampai kekuningan.. balik balik kan lah.. dah garing tu.. angkat dan toskan atas tisu .. dah siap!! nak lagi sedap korang cicah sos cili.. fulammakkk!! mmg mabeles kot..

note: Resepi ni aku ambik kat fb.. dgn gambar2nya sekali.. tuan tanah kata boleh share.. so aku pun share le.. nanti aku letak gambar yg aku snap sendiri k..


 yang diet tu .. amacam?? makan panas2 kan.. terbaik!!

Saturday, September 13, 2014

Diet Atkins: Sebulan telah berlalu 92.6kg

Sape kata Diet Atkins tu bukan diet extreme angkat kaki!! hahaha.. memula aku cuba gak ikut.. tapi malangnya aku tak mampu.. tak mampu tidak mengambil karbo kurang dari 20g sehari.. tapi aku tetap happy.. sejak 18hb aritu aku berjaya tidak menjamah nasi harianku.. makan pagiku.. bihun goreng.. tengahari dan malam, aku makan sup/ telur/ ikan ikut teringin dek tekak.. walapun beratku turun sedikit tapi alhamdulillah aku nampak penurunannya kat mesin penimbang huhuuhu.. aku ada mesin penimbang ko hahaha.. macam benda pelik lak kan.. mungkin tak pelik kat korang.. tapi pelik kat aku huhu.. dah nak masuk 40 kot.. sejak kawin.. mana ada mesin penimbang kat rumah aku ni hehe..

Memula berat aku aritu 96.7 kg.. opssss.. malu ii... hari ni berat aku 92.6kg.. ada bezak tak? ada beza kan hihi.. berapa lama tu?? kira ar sendiri.. dari 18hb ogos sampai harini 13hb sept.. kira nak dekat sebulan la camtu kan.. ok kot bagi aku turun dalam 4kg.. klau 5 bulan kekal camtu.. dapat turun 20kg kan .. wahhhhh.. berangan!!!! hahahahha.. xpe2.. yakin boleh!!!

Arghhhh.. kadang2 tension gak tengok mesin penimbang ni.. kejap naik kejap turun.. ada ke org timbang hari2 ek hahahaha... ada ada ada... aku lah orang tu... punyalah excited..

Tapi kan.. adik aku kt kedah tu tak tau yang aku dah start diet.. saje nak kasi kezutan.. dia nak balik raya haji ni.. 5 okt.. ada dalam lebih kurang 25 hari lagi.. kena kekalkan diet.. buat macam biasa.. makan apa nak makan kecuali nasi, mee dan kueteaw.. ala banyak lagi yang boleh dimakan.. macam tak caye je kan...

Workout? senaman? hehehe.. aku buat gak yang ni.. 2 hari sekali.. kenapa tak hari2? uwaaaa aku tak larat deeerrr.. ok kot 2 hari sekali... nanti aku nak beli tempat sit up.. nak kasi kuyus kat peyut hahaha.. lemak dah bermaharajalela kat peyut aku ni hah.. segan dohh!!.. abistu selama ni tak segan ke? segan gak.. tapi wat donno je.. huwawawawa..!!!

Mesti ramai nak tau.. menu aku kan.. ada ke orang nak tau? hahahhaha...!!! alaaa.. aku malas la nak ambik gambar bagai.. biasa aku makan ikan singgang, telur dadar, telur rebus dan apa saje lauk pauk yang ada depan mata.. opss... laki aku masak kadang2.. so santap aje la.. tu la yg dikatakan lauk pauk depan mata.. kalau tak.. kene masak dulu ler ikut tekak ni nak makan apa.. kalau gi kedai aku makan western food macam lamb chop ke.. steak ke.. chicken grill ke.. tetap dengan sos yang melimpah ruah hahahaha...!!! org yang betul2 amalkan diet atkins ni mana leh makan sos bertepung camtu.. kene kira karbo kot.. kan aku kata.. aku tak mampu nak extreme camtu.. tapi diet atkins ni juga lah panduan aku sekarang ni.. cuma cuma tak follow 100%..

oklah.. setakat ni je citer pasal diet aku untuk sebulan ni.. tunggu bulan depan pulak.. nanti aku update berat current aku masa tu..OMG!!! tak sabarnya.. hehehe..

Wednesday, August 27, 2014

Kejayaan Hamas yang dinanti..

Allahuakbar!!! Allahuakbar!! Allahuakbar!!
Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah!!

Gaza: "Semua rakyat Gaza berada jalan raya. Mereka melaungkan takbir dan zikir sempena gencatan senjata jangka panjang yang termeterai antara Hamas dan Israel, petang tadi (malam tadi waktu Malaysia).

Begitulah kata penuntut Malaysia yang belajar di Universiti Islam Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman.

"Rata-rata rakyat Gaza turun ke jalan raya dan berhimpun beramai-ramai sambil mengalunkan takbir serta munajat kepada Tuhan.

"Ada di antara rakyat Gaza yang menitiskan air mata sambil bersujud terhadap gencatan senjata berkenaan. Takbir saling bersahutan sejak lewat petang tadi sebagai tanda kesyukuran.


Thursday, August 21, 2014

CARA MEMBUAT LAPORAN POLIS YANG BETUL BERKAITAN DENGAN PENIPUAN DI INTERNET

 WAJIB BACA!!

Menurut saudara Kamal Affandi Hashim,penganalisis jenayah,nampaknya ada perkara2 yang tidak kita ketahui dalam membuat polis report yang menyebabkan sesetengah report kita tidak dapat diambil tindakkan.

Dalam membuat report berkenaan "tertipu" dgn jual beli online, perkataan tipu tidak boleh digunakan kerana sebenarnya tiada elemen jenayah disitu. Mangsa tidak di paksa, di ugut atau di ancam keselamatan utk melakukan transaksi pembayaran kepada pemangsa. Ayat dalam report nak kena betul contohnya menggunakan perkataan "MEMPERDAYA" dan "MENDORONG".

Contoh ayat : "saya tertarik dengan iklan penjualan blablabla dan seterusnya menghubungi si polan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan barangan yang dijualnya,saya merasakan si polan telah memperdaya saya dan mendorong saya melakukan transaksi pembayaran sebanyak blablabla apabila setelah saya membuat pembayaran tersebut melalui blablabla,si polan telah bertindak menyekat saya dari menghubunginya baik menerusi laman facebook dan panggilan/sms pun tidak dijawap,blablablabla"....selepas ada 2 perkataan memperdaya dan mendorong, barulah boleh digunakan perkataan tipu, ditipu dan sebagainya.

 
Beliau tanyakan juga pada Saudara Arifin kenapa tak boleh mention ditipu je terus,katanya sebab itu adalah pertuduhan yg direct sedangkan tiada elemen2 jenayah yang berlaku dalam transaksi yang dibuat,mangsa tidak diugut,tidak dipaksa,tidak diancam keselamatannya utk membuat transaksi terbabit,jadi takleh nak charge apa2, contoh la saya tulis saya kena tipu, saya masih boleh dipersoalkan sebab kaitannya dgn tiada paksaan tadi, namun jika perkataan memperdaya dan mendorong digunakan, itu memang ada clause undang2, jadi kot mana2 pun polis nak kena buat kerja/siasatan yang mana ianya akan dirujuk kepada Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

So yang paling penting sekarang adalah pengunaan ayat yang betul dalam membuat lapuran Polis,ingat keyword yang penting ya... "MEMPERDAYA" dan "MENDORONG"

Dibawah ini saya sertakan penerangan ringkas tentang Seksyen 420 Kanun Keseksaan

PENIPUAN ONLINE BOLEH DIDAKWA MENGIKUT Seksyen 415, 416, 419, 420 Kanun Keseksaan:

Seksyen 415 iaitu:Barang siapa yang memperdayakan (deceived) mana-mana orang, sama ada perdayaan itu adalah dorongan yang utama atau tidak;

(a) secara frod (fraudulently) atau tidak amanah (dishonestly) mendorong orang yang terpedaya itu untuk menghantar sebarang harta kepada mana-mana orang atau memberi kerelaan kepada orang tersebut menyimpan harta itu; atau

(b) dengan secara berniat mendorong (intentionally induces) orang yang telah terpedaya itu untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa yang dia sepatutnya melakukan atau tidak melakukan jika dia tidak diperdayakan sedemikian dan perbuatan atau ketinggalan itu telah menyebabkan kerosakan atau kecederaan kepada mana-mana orang pada tubuh, minda, reputasi atau harta.

Jelasnya, penipuan berlaku apabila orang yang membuat representasi atau kenyataan mengenai sesuatu fakta itu sendiri tidak mempercayai apa yang dia katakan itu sebagai benar.

Elemen ini dikenali sebagai deception iaitu membuat kenyataan salah sehingga memperdayakan orang yang menerima kenyataan itu sedangkan orang yang membuat kenyataan itu sendiri tidak percaya bahawa ia adalah benar.

Jika tiada harta yang terserah kepada pihak yang satu lagi hukuman boleh dikenakan di bawah seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum PENJARA LIMA TAHUN atau denda atau kedua-dua sekali.

Kesalahan penipuan ini juga boleh dipertanggungkan ke atas orang yang menjadi dalang atau punca penipuan. Dalam konteks ini, sindiket penipuan akan menggunakan pihak ketiga atau ejen untuk melaksanakan rencana mereka.

Walaupun orang tengah itu yang memainkan peranan aktif berkata-kata dan berusaha mendorong mangsa untuk ditipu tetapi kesalahan penipuan ini masih boleh dipertanggungkan ke atas orang memberikan kebenaran kepada ejennya itu untuk melakukan penipuan bagi pihak dirinya.

Dalam Seksyen 416 Kanun Keseksaan sesiapa yang menipu secara menyamar sebagai orang lain selain daripada dirinya sendiri adalah melakukan kesalahan menipu secara menyamar. Hukuman yang boleh dikenakan adalah lebih berat daripada penipuan secara biasa tadi.

Di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan hukuman bagi jenis penipuan secara menyamar ini adalah PENJARA tidak melebihi daripada TUJUH TAHUN atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, jika penipuan yang dilakukan itu mengakibat sebarang harta atau barangan telah terserah kepada satu pihak lain atau telah berlaku kerosakan terhadap sesuatu harta maka hukuman yang lebih berat boleh dikenakan terhadap pesalah.Hukuman boleh dikenakan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu PENJARA tidak kurang dari SATU TAHUN dan tidak lebih daripada 10 TAHUN dan hendaklah dikenakan SEBATAN dan juga denda.

Pengguna mestilah senantiasa berhati2 dalam menjalankan urus niaga secara online,jangan terlalu gopoh dalam membuat keputusan,selidiki terlebih dahulu akan kesahihan sesuatu perkara,jangan rambang mata dan menyesal kemudiannya,diharap maklumat ini dapat membantu pengguna-pengguna yang telah tertipu untuk menuntut keadilan dengan sebaiknya

Wednesday, August 20, 2014

PENIPUAN BISNES ONLINE SEMAKIN PARAH

Aduhai.. boleh kata setiap hari pasti aku terbaca luahan atau hebahan rakan2 seller atau customer yang ditipu dalam urusan jual beli barang di internet..

Semalam aku terbaca lagi.. kali ni kes kene tipu rm300 oleh penjual hpon terpakai.. dan dalam status tu ada lagi customer yang terkena.. eeee.. geramnya.. namun dalam banyak-banyak komen tu, aku tertarik dengan satu komen yang berjela-jela oleh saudara Enal Zacknzack .. katanya..  Memandangkan timbul pelbagai persoalan di dalam kes-kes penipuan online yang mana kita merasakan yang TIADA TINDAKAN diambil oleh pihak Polis walaupun kita telah membuat report diatas kejadian penipuan yang menimpa kita apabila berurus niaga jual beli gajet/barangan secara online, Saudara Enal telah bertanyakan hal tersebut kepada Saudara Kamal Affandi Hisham yang merupakan Penganalisis Jenayah yang dikenali di Malaysia bagi mendapatkan pandangan beliau terhadap apa yang sering dan sedang terjadi dikalangan pengguna yang menggunakan medium facebook/mudah/lelong untuk membeli atau menjual secara online.KENAPA POLIS TAK AMBIL TINDAKAN?? BUKAN SORANG DUA YANG BUAT LAPORAN POLIS PASAL PENIPUAN NI?? KENAPA?? 

Jom.. aku sambung cerita dalam entry seterusnya.. CARA MEMBUAT LAPORAN POLIS YANG BETUL BERKAITAN DENGAN PENIPUAN DI INTERNET





Sunday, August 17, 2014

ESOK 18 OGOS BERMULA LANGKAH BARU

Korang, korang, korang.. korang jangan gelak tau!! aku nak cuba.. nak turunkan berat badan ni.. tapi sebelum tu aku kene paham banyak benda dalam DA ni.. moga aku kuat semangat.. aku nak tengok perubahan dalam tempoh 1 bulan.. tak dapat banyak.. dapat sikit pun xpe.. doakan yer..

Mulai esok 18 OGOS.. bermula 1 fasa baru dalam permakanan aku..

BERAT SEKARANG: 95kg
TARGET: 60kg
TINGGI: 165cm

Jom kita baca lagi.. walaupun dah berkali2 baca.. nak kene sematkan dalam diri.. ingat selalu.. fokus!! jangan lemah semangat!! chaiyok!!
Bismillahirohmannirrahim..

Saturday, August 16, 2014

FAHAM DULU DIET ATKINS TU APA DAN BAGAIMANA

ATKINS DIET

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan, semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

  1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
  2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
  3. Pre-maintenance
  4. Lifetime Maintenance
Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Dilarang makan Semasa Induction (Permulaan diet): 
  1. Nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
  2. Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya. tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
  3. Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  4. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
  5. Minuman bergula, milo jus buah-buahan, barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
  6. Snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
  7. Segala bentuk kekacang, tempe & sebagainya.
  8. Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam(bertepung)
  9. Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
  10. SOS & Kicap (kebanyakkannya tinggi karbohitrat)
  11. Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak. 
  12. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  13. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
  14. Sate yang diperap dengan gula @ madu (kat kedai)
  15. Keropok lekor, oat, gula perang, beras perang.
Boleh Makan:
  1. Ayam(semua bahagian) - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
  2. Telur ayam, Telur itik, Telur ikan. - telur dadar, rebus, goreng.
  3. Ikan, Udang, Ketam -  (kurangkan sotong & kerang kerana karbohidrat tinggi.)
  4. Daging(semua bahagian) - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu.
  5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun. Kurangkan lobak merah, kacang panjang, bendi & tomato.
  6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Cuba limit kepada 2-3 keping sehari.
  7. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
  8. Burger & hotdog? daging sahaja, roti2 buang...(pastikan burger rendah karbohitrat)
  9. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
  10. Rumpai laut.
  11. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
  12. Minyak masak, olive oil & sebagainya.
  13. Chewing gum yang sugar free, selalunya 1 carb sebiji, cukup 2 or 3 biji sehari kalau nak makan.
  14. Multivitamin, spirullina, psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula)
Syarat-syarat Induction:
  • Pastikan cukup minum air, 1 liter setiap 25kg berat anda.  (Penting)
  • Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 8.00pm atau 4 jam sebelum tidur. Jangan ponteng makan(menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun)
  • Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
  • Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
  • Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
  • Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
  • Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.BERHATI2 KETIKA MAKAN DI KEDAI, kemungkinan ada gula dalam masakan.
  • Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula.
  • Kurangkan makan berproses seperti burger & hotdog(boleh makan, cuma kurangkan..)
Contoh sarapan / Breakfast
  1. Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
  2. Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
  3. Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
  4. Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam
  1. Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
  2. Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
  3. Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
  4. Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
  5. Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)
Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.

Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)
Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.
Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction(20g) selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.
Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari.
Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet:

Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. 
Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
2.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.
Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
2.) Elakkan buah-buahan.
Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
2.) Jauhi gula2 / coklat.

Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!

Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.
Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.
1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain.
asalkan BUKAN nasi, roti.
2.) Fast food
McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja.
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.
3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.
Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena  minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.
Memang itu adalah perkara yang biasa  yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.

Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.
Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.
Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari,  dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.

Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.

kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kg dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan. berjalan sudah memadai bagi yg tidak mampu bersukan.

" Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.

Friday, August 15, 2014

22 Ogos diisytihar hari berkabung negara


PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan 22 Ogos (Jumaat) sebagai hari berkabung negara berikutan ketibaan jenazah warga Malaysia mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine.

Beliau berkata satu istiadat penghormatan jenazah tragedi itu akan diadakan pada hari tersebut di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berikutan ketibaan 16 jenazah tragedi itu termasuk seorang bukan warga negara Malaysia.

Katanya jenazah itu akan dibawa melalui sebuah pesawat khas dari Amsterdam yang dijangka tiba di KLIA pada 10 pagi.

"Upacara penghormatan untuk jenazah dibuat secara tertib, sesuai dengan penghormatan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat istiadat penghormatan penerimaan jenazah tragedi pesawat MH17.

Muhyiddin berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dijangka berangkat ke istiadat tersebut, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jemaah menteri, menteri besar dan ketua menteri serta keluarga mangsa. 

Muhyiddin berkata tiada cuti umum sempena hari berkabung negara tersebut. Pada upacara itu, setiap jenazah akan diusung pegawai istiadat dari Angkatan Tentera Malaysia dan dibawa menaiki 16 kereta jenazah dan diberi penghormatan mengikut agama masing-masing serta bertafakur.

Katanya sembilan daripada 15 jenazah warga Malaysia itu bukan beragama Islam. Identiti jenazah hanya akan diumumkan pada upacara tersebut.

Muhyiddin berkata beberapa jenazah akan dibawa ke kampung halaman dan akan diiringi waris.

Setakat ini, beliau berkata pesawat Nuri akan menerbangkan tiga jenazah ke beberapa negeri di Semenanjung manakala sebuah pesawat Charlie akan menerbangkan satu jenazah ke Sarawak.

Katanya, terdapat permintaan bagi dua daripada jenazah mangsa menjalani proses pembakaran di Belanda sebelum diterbangkan ke tanah air.   

Beliau berkata jenazah seorang warganegara Belanda juga akan dibawa ke Malaysia untuk disemadikan kerana terdapat permintaan dan menurutnya mangsa dipercayaiasalnya warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga Belanda.

Muhyiddin berkata setakat ini, 24 jenazah warga negara Malaysia mangsa tragedi MH17 telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa di Amsterdam, iaitu 14 penumpang dan 10 anak kapal.  

Beliau berkata jenazah selebihnya yang sudah dikenal pasti itu belum melalui proses lengkap dan akan dihantar pulang secara berperingkat.

"Bukan kita tidak boleh bawa sekali (semua sekali) tetapi pihak di sana (Belanda) beri kata putus bila masa sesuai boleh dibawa pulang.   

"Bagi jenazah yang berbaki, kita masih menunggu isyarat daripada Belanda dan sedang dipantau oleh Kementerian Pengangkutan dan MAS. Selepas 22 Ogos ini, kemungkinan selang beberapa hari ada penerbangan  supaya waris tidak tunggu lama," kata Muhyiddin.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan mengadakan upacara penghormatan jenazah bagi mangsa lain yang tiba kemudiannya tetapi upacara itu akan diadakan secara lebih ringkas.

Beliau berkata tiada tempoh tertentu ditetapkan untuk pencarian semua mangsa rakyat Malaysia kerana usaha masih diteruskan bagi memasuki lokasi nahas di Ukraine yang merupakan kawasan pertempuran.

"Kita belum selesai lagi. Pihak-pihak di sana (Belanda) masih menjalankan proses forensik dan DNA. Biarlah tunggu sehingga semuanya selesai," katanya.   

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.

Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh, namun setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu. - Bernama

Thursday, August 14, 2014

DIET ATKINS: PERINGATAN BUATKU

Bukan mudah kita nak ubah cara makan kita.. almaklumlah.. sejak kecik dah disajikan dengan nasi.. pagi, tengahari.. makan malam mesti ada nasi.. kalau tak makan nasi sehari rasa tak lengkap.. rasa macam pedih hulu hati lah.. ahh macam-macam lah rasa.. macam aku.. ada darah tinggi dan gula paras border .. so kene pandai ejas dengan keperluan seharian aku.. kang tak pasal2 hypo.. ada yang mengamuk membebel sebab tak makan katanya.. pada hal diet atkins ni bukannya maksud kita tak makan.. cuma kita hadkan pengambilan karbo tu.. makan lah benda lain.. yang tak makan pasal apa kan..

Oleh kerana makan nasi dan benda2 lain selama ni takde sekatan.. so list kat bawah ni aku rujuk sebagai panduan dan ingatan buat aku.. jom kita semak..!!

1. Hati2 dengan makanan kat kedai..contoh
  • sate (ada gula)
  • ayam golek (ada madu)
  • sup, tomyam (gula or rempah)
  • rempah2 yg kita guna untuk memasak..pastikan  tahu jumlah carbnya..
  • serbuk cili (beli yang ori, blande sendiri)
  • RAGU2 JGN MAKAN
2. Cheat sket...rasa je..(tak boleh!)
  • tak boleh..
  • kerana ia akan membuat aku hilang ketosis
  • ketosis akan berlaku selepas gula dalam darah tiada..mengambil masa 2 hari
  • jika aku cheat sehari...bermakna aku dah cheat sebanyak 3 hari..sayangkan...sehari = 3 hari...
3. Pastikan aku cukup makan
  • badan memerlukan tenaga utk pecahkan lemak2 aku..kurang makan = metabolisma akan menurun..kalau turun pun..bukan sbb lemak yg hilang..tapi xcukup makan.
  • tidak perlu elak makanan berminyak..goreng macam biasa...jgn asyik rebus or kukus je...kerana fat diperlukan sebagai sumber tenaga utk memecahkan lemak di badan
  • Diet atkins bukan diet berlapar
4. Senaman
  • Senaman bersesuai dengan berat badan aku, bagi yg terlalu obes, atau masih obes..sentiasa bergerak sudah memadai.
  • Makan protein kena ada..jgn makan sayur sahaja semata2..berat tak turun juga.
  • Banyakkan aktivi berjalan..utk kekalkan metabolisma..
  • konsistenkan senaman..walaupun sedikit, yang penting konsisten.
  • fokus pada diet adalah paling penting, senaman ketika gemok, buat cara gemok, cukup dgn senaman yang buat anda bergerak, fokus satu2, supaya mental anda kuat. Dah hampir bmi, anda boleh buat senaman apa anda suka. Ingat ye, untuk lost weight pemakanan sangat penting.
    "Kita boleh turunkan berat badan dengan hanya menjaga pemakanan, kita boleh turunkan berat dengan menjaga pemakanan & bersenam. Tp kita tak boleh turunkan berat badan dengan hanya senaman tanpa menjaga pemakanan."
    Jangan tamak..pepatah melayu
    "Yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran"
5. Air
  • fungsi air juga mengekalkan metabolisma
  • mengawal paras asid urid
  • membuang toksin dalam badan
  • minum air sekurang kurangnya 4 liter.. 1 liter utk berat 25kg.. so kiralah berapa liter korang kene minum air sehari.. jenuh!! aku kene kurang2 4 liter tu..
6. Keyakinan
  • yakin pada diri sendiri
  • jgn takut beli baju kecil or seluar kecil..anda kena yakin anda boleh memakainya satu hari nanti
  • jangan stress kalau berat tak turun, cuba ubah menu..cara pemakanan...waktu makan...selagi anda yakin boleh..pasti boleh..
7. Masyarakat
  • abaikan kata2 sidiran 
  • buktikan aku boleh berjaya
  • fikirkan diri sendiri..bukan org lain..kerana kita nak menanggung berat obes kita..bukan mereka
8. alat bantuan
  • penimbang..haa ni wajib la ada...supaya setiap penurunan buat kita lebih semangat, selain tu utk elakkan kita terkantoi..kalau berat naik, cuba ubah menu.klu berat turun..cuba kekalkan menu dan kuantiti selagi kita mampu.
  • cermin...supaya aku tak lupa diri..aku gemuk.hehhehehe...cermin diri sendiri hari2..supaya aku tak termakan pujian dan kata2 org yg mengatakan anda dah kurus atau comel...comel tu sebenarnya gemuk,hahaha
  • botol air...senang nak target berapa liter anda minum...contoh 1 hari ada wajib habiskan 3 botol 1.5Liter.
9. Nutrisi
  • makan multivitamin jika mampu
10. Gaya hidup
  • pastikan tidur yang cukup
  • sarapan diambil seawal yang boleh(waktu badan kita paling effective bekerja)
  • makan sebelum jam 8 malam..lebih kurang 4 jam sebelum tidur bagi yg bekerja shift
  • kurangkan stress

GOOD LUCK kat aku!!

BABYSHOP KL OUTLET

JOM CUCI-CUCI MATA TENGOK PYJAMA KAT SINI..
KALAU ADA YANG BERKENAN, TERUS JE WATSAP K..





Wednesday, August 6, 2014

WHI: MESEJ DARI BANDUAN AKHIR WANITA




Sedihnya tengok video mesej dari banduan akhir..
berjurai2 air mata ni..

Sofia, merupakan banduan akhir yang bakal menjalani hukuman gantung sampai mati di atas kesalahan membunuh ahli keluarga sendiri..

Ya Allah.. sedih sgt2..

Tapi mungkin ada hikmahnya di sebalik semua yang berlaku..

Kata Ustaz Abd. Rasyid Ahmad yang turut menjadi tetamu pada hari tersebut.. cara kematian tak penting, yang penting adalah mati dalam keadaan beriman atau Husnul Khatimah..

Mungkinkah ada keajaiban yang akan berlaku.. hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui..


Tuesday, August 5, 2014

Bahaya Seduction Nail Inai Homemade



Aku terpanggil nak berkongsi cerita tentang kesakitan anak kepada seorang teman FB yang mengguna inai homemade ni.. tak terbayang sakitnya jari-jari si kecil itu.. sampai tak ternangis menahan sakitnya jari2 dia.. ni 1st time guna kata si ibu.. dia beli kat ekspo.. adoiiiaii.. bahaya kan.. kandungan dalam inai tu nampak macam x bahaya.. tapi rupanya sangat2 tajam.. klau yg dewasa pakai terasa pedih.. ini pula kanak2..

Kepada yang menghasilkan dan menjual inai ni.. rasa2 ada tak rasa kesian atau bersalah bila jadi macamni.. rasanya produk macamni pun kene ada kelulusan kkm jugaklah.. sampai tercabut kot kuku anak teman fb ni..

Jom tengok jari2 si kecil yang malang ni..



Wednesday, July 30, 2014

Raya ke-3

Hari ni aku n ipar buat mi kari.. biasanya hari raya ke3 umah mertua ku akan diserbu oleh anak cucu saudara mak.. so sediakan apa yg patut dulu.. rendang daging.. rendang ayam.. rendang itik.. rendang arnab semua HABIS.. hehe.. dasat2..

Oklah.. nanti ku sambung semula.. nak gi cari bahan sat.. sabo jer lah dah tenghari baru cari barang masak.. ish ish ish

Friday, July 25, 2014

Balik Kampung Raya

Alhamdulillah.. happy anak2 ku dapat balik kampung beraya.. kami bertolak lepas berbuka.. plannya nak balik semalam.. tapi banyak pula halnya.. cari baju raya mira x jumpa2.. baju ayah n mak pun sama.. dari sogo ke jj dan ke parksons dan kembali ke sogo balik.. xde yang sesuai..

Hari ni kami berbuka macam biasa.. juadah beli je.. lepas berbuka rehat jap.. kol 9 mlm baru gerak balik..

Perjalanan malam tu ok.. lancar.. sampai lah tanjung malim huhu.. kereta gerak pelahan.. aduhhh kol berapa lah nak sampai agaknya.. risau gak hati ni sebab hazim haziq skrg ni mana nak dok diam2 lam keter..alhamdulilah lepas je ipoh perjalanan kami ok balik.. setiap kali balik baling kami akan ikut Grik.. kami keluar dari Tol Kuala Kangsar nak ke Grik.. wah lagi best.. jln clear!! Apa lagi pecut la.. alhamdulillah kami sampai umah tokwan kol 4.50 pagi.. mak mertua ku dah siap2 masak utk sahur.. alhamdulillah..

Tuesday, July 22, 2014

IKLAN RAYA 2014 : RTM, PETRONAS, TM, JKKN SABAH

Siapa suka tunggu iklan raya keluar kat tv? hahaha.. kan kan.. ramai yang menunggu.. sehari dua ni aku perasan iklan dah mula dimainkan.. ada yang kelakar.. tapi tak kurang gak yang buat aku mengalir air mata.. jom kita tengok.. iklan mana yang bagi kesan sentap kat hati uols.. hihihi..

1. Iklan Raya Petronas 2014 : Ke Pangkuan Bonda



Iklan ni sesuai dengan latar belakang musik dia.. walaupun aku bukan anak kampung tapi aku merasa juga dok kat kampung dan beraya kat kampung.. suasana macam ni lah.. uwaaaaa aku rindu kampung mak aku kat Padang Rengas.. uwaaaaa....

2. Iklan RTM 2014 : Anugerah



Sedih iklan ni.. sob sob sob!! RTM ada 2 iklan tau.. satu lagi kat bawah ni.. kelakar!! dan best!! teringat kat iklan cari daging dulu.. kira sambungan la ni kat hahaha!! tapi mak dah kawin baru kot hahahaha!!

3. Iklan Raya RTM : Ini Baru Raya!




Saturday, July 19, 2014

Pesanan buat para suami


Ada benarnya kata2 diatas..renung2kan lah..

Friday, July 18, 2014

BANGKAI PESAWAT MH17

Video bangkai MH17

luluh rasa hati tengok body dan brg2 berteraburan..
Mengapa?? atas dasar apa mereka lakukan perkara sebegini pada pesawat kita??
apa salah kita pada mereka??

Marilah semua rakyat Malaysia..
apa jua agama kita.. berdoalah..
berdoa agar MALAYSIA dilindungi olehNya.

Alfatihah


MAS MH17 TERHEMPAS DI UKRAINE

Berita yang sangat mengejutkan!!
Pesawat #MH17  DITEMBAK JATUH!!
Ya Allah!! Ya Tuhanku..



Saturday, July 5, 2014

SHARIFAH AINI MENINGGAL DUNIA

Innalillahhiwainnailaihirojiun.. 

Takziah buat keluarga arwah penyanyi yang aku sayangi..Alfatihah





Friday, July 4, 2014

KADAR ZAKAT FITRAH 2014



Kewajipan kepada semua umat Islam yang berkemampuan..



Monday, June 30, 2014

MUNAJAT RAMADHAN DALAM BAHASA MELAYU

MUNAJAT RAMADHAN…

Ya Allah…ya Rahman…ya rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Aku yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan ku, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya alim…

Ajarkanlah Aku yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu ku, bukakanlah hijab kpd ku yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri ku, Jgnlah Kau menguji aku pd apa yg tidak mampu aku lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk aku ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….

Sejahterakanlah utk ku dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya aku dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa ku, krn aku terlalu byk berdosa kpdMu ya Allah…Aku lupa akan Engkau ketika sihat, Aku ingat pdMu bila ditimpa sakit, Aku lupa kpdMu ketika senang, aku ingat pdMu bila dtg kesusahan. Aku lupa kpdMu disaat aku gembira, Aku ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Aku habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, Aku mula mengingatiMu tika usia sudah tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa ku..berilah kekuatan kpd aku utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan Aku drpd mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa ku,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri ku...Kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah ku dlm mcari rezki kpd kluarga ku...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu aku membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan aku berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa ku tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Aku juga memohon ampun utk kaum kerabat ku, sahabat2 ku dan guru2 ku yg terlebih dahulu pergi meninggalkan aku kealam barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula giliran ku menuju barzakhMU..maka Kau ambillah aku dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah ya azizz…

Kurniakanlah kpd ku jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati ku dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp aku sifat ujub, riak,takbbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..

Jika ada dikalangan sahabat2ku, saudara maraku yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn mereka sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama2. Jika ada dklgn  mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah mereka anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah ya malikal mulk…

Ya Razak..ya fattahu ya alim…

Kurniakan kpd ku rezeki yg halal lg dberkati. dan jdkanlah dgn rezeki itu aku semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan aku drp golongan yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.

Ya Allah….
Bantukanlah aku dlm menjalankan urusan agama ku, Elokkanlah urusan dunia ku, yg padanya tempat aku mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat ku, yg padanya tempat aku akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan aku ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd ku, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd ku dr segala kejahatan, Sesungguhnya aku ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah ya zal jalali wal ikram…

Ya Allah….
Jgnlah Kau jdkan Ramadhan ini sbg yg terakhir buat ku, temukanlah aku dgn Ramadhan yg akn dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat ku, jdkankanlah puasa ku sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati ku menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jdkanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 ku.. Ya Allah…temukanlah aku dgn lailatul qadar…pilihlah aku dikalangan hambaMu yg dpt beramal di mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan ku..terimalah taubah ku..ampunkanlah segala dosa ku...amankanlah kehidupan ku disana nanti yg kekal abadi…kurniakanlah kpd ku syurgamu yg maha luas nikmatnya…

Amin Ya Rabbal Alamin.

Iklan